Saturday, April 16, 2011

sCoRe oRiEnteEriNg..(aKtiViti tErAkhiR oUtdOoR)


-KENANGAN yg menyeronokkan!!!

Assalamualaikum..

Pejam..celik..pejam..celik..ni lah aktiviti terakhir untuk pgram outdoor.Kejp je rase mase berlalu.Tuk kali ni,kitorang kne wat score orienteering secara solo..Kwasan yang diberikan adalah sekitar kwasan UiTM Shah Alam.Ada 9 checkpoint semuanya dan sumenye jauh.Kitorang diberi mase 1 jam 30 mint tuk wat aktiviti ni.Aku org ke-7 yg dilepaskn pada jam 9.47 pagi.

Aku salin ap2 yg ptt pada main map kt map ak dan trus tuju ke checkpoint yg diberikn.Aku bermula dari kolam UiTM dan trus ke CP3(transport unit),CP4(pust kesihatan),CP6(pust sukan),CP5(stadium UiTM),CP7(Masjid),CP9(dewan annex),CP8(Canseleri),CP1(Tangki air) dan CP2(fakulti FSR).

Memg pent gler wan aktiviti ni tp seronk.Aku dapt lengkpkn aktiviti ni dlm mase 1jam 6 mint..Daptla tempt ke-4..



-En.Hisyam



-En.Hisyam



-Sedg menentukan siapa pemenangnya...


-Main map


-Map yg aku dapt..


-Control card aku...


-Seleps aktiviti


-Seleps aktiviti..

kNotTinG tEst & oUtdOoR tEsT..

Assalamualaikum..

Kali ni ak cme nk kgsi test knotting yg kitowang wat kt kolej kenanga dan juga test bertulis outdoor.Tuk knotting test, kitowang dibahagikan mengikut kumpulan low ropes sebelum ni.Kitowang kne wat reef knot,sheet band,bowline,fisherman's knot,clove hitch,figure of eight,double figure of eight- single loop dan double figure of eight-double loop.Kitorang turut disoal apa kegunaan ikatan tersebut dan cara menanggalkannya.Lpas wat knotting test,kitorang kne wat management game pulk.Kumpulan kitorang wat game periuk api.

Tuk test bertulis pulk,test dijalankan kt dewan kuliah.Tapi agak kecewa la dgn markh test.dapt 33/60 jer..

leps ni fkus tuk final exam jela..........

lOw rOpEs!!!!

Assalamualaikum..

Kali ini aku nak cter lak pasal aktiviti low rope yang kitorang lakukan tempoh hari.Pagi2 lagi aku da siap da nk at aktiviti ni.Barang2 tuk aktiviti low ropes kne mohon dan bawak mengikut kumpulan masing2.Kumpulan aku terdiri daripada aku, Aizat, Khairi, Azam dan Umirah.

Kitorang sampai kt kawasan wall climbing sebelum kul 8.30 lg.Sementara tggu kwn2 yg lain dan En.Hisyam sampai, kitorang wat layout barang dlu.Barang2 yg digunakan tuk aktiviti ni ialah guni,ground sheet,helmet,glove dan tali.Kumpulan kitorang wat element high postman walk..

Tibalah mse tuk setting low ropes course ni dan memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk menegangkan tali.En Hisyam bg kitorang 40 mint tuk siapkn sume course tp hnya berjaya dsiapkn lepas 1 jam 30 mint..haha

Lepas da siap setting, En.Hisyam arahkn setiap kumpuln wat demo tuk elemen low ropes yg dibuat..Tuk kumpulan kitorang, Azam yang tunjukkn cara2 tuk High Postman Walk.

Keseluruhannya, elemen yang palg sush ialah Forward Tension Traverse.Aktiviti ni mmg bes wlaupun pnat.Lpas sume owg da wat,kitowang tanggalkan blek tali yg telah diikat pada pokok dan pulangkannya semula.


-Khairi



-Aizat



-Azam



-Umirah



-Aku nga wat Leopard Crawl



-Aku nga wat Forward Tension Travers


-Aku nga wat High Postman Walk



-Posing jap



-Ni wat Chicken Walk pulk



-Wat Criss Cross



-Wat Foot Loop



-Aku nga wat Multi Vine



-Barang2 yg di layout



-Barang2 yg di layout

tEoRi loW roPeS..!!

Assalamualaikum..

Kali ni ak nk kongsi pasal aktiviti low ropes pulak. Seperti biasa, sebelum dilakukan secara amali, En.Hisyam akan adakan kels teori dulu. Baru la senang nk pham pasal aktiviti ni nant. Kelas teori kali ni kt physio lab, kul 8.30.Macm biasa la kena dtg awal.Ni lah antara yang En.Hisyam jelaskn kt kitorang....

Definition:
Traversing or negotiating elements in a low ropes course that do not require a belay system for safety.

Description:
-A ropes course is a series of individual and group physical challenges that require a combination of teamwork skills, and individual commitment.
-Made up of rope, cables and wood, courses are constructed outdoors in trees and indoors gymnasiums.
-Participants are usually no more than one metre off the ground and therefore do not need to wear specialized safety equipment to ensure protection but rely on 'spotters' as their primary safety system.

Low ropes course Element:


-Swinging Tyres



-Balance Beam



-Criss Cross



-Multi Vine



-Burma Bridge

-Foot Loop
-Jacob's ladder
-Monkey Cross
-High Postman Walk
-Forward Tension Traverse
-Backward Tension Traverse
-Chicken Walk
-Leopard crawl
-Spider's web

Monday, March 14, 2011

diRikU bERabSEiLinG..

Assalamualaikum..

Ha,untuk post kali ni,aku nk kongsi aktiviti abseiling yang dilakukan pada 9 mac 2011 di menara engineering.Pada mulanya aku dimaklumkan aktiviti ni akan diadakan kat belakang kolam renang UiTM je, aku ngan kwn2 yang lain pun berkumpul la kt situ.Dalam pukul 9 lbh,barula kitorang di maklumkan aktiviti ni akan dilakukan di menara engineering.Kitorang pun beredar la ke menara engineering.

Sampai2 kt menara, kitorang bawa barang2 yang diperlukan naik ke tingkat 11.Lepas letak barang,aku pun tengok la pemandangan dari atas,perghhh gayat gila la.aku dah la memang gayat orangnya..haha



Selepas itu,kami mengeluarkan semua barang yang hendak di guna dan susun di atas ground sheet.Fasilitator serta senior2 yang ada mengikat tali2 pada tiang2 untuk tujuan keselamatan.Selepas siap di pasang,En.Hisyam memberi taklimat ringkas serta menunjukkan cara2 untuk abseiling.














Sekarang tibalah masa untuk abseiling dan Fadhirul merupakan orang yang pertama turun.Aku orang yang ketujuh turun dari tingkat 11 menara engineering.Mula2 2 memang takut nk keluar dari palang,tp lepas dah mula turun,perasaan takut 2 dah mula hilang.
Alhamdulallah aku berjaya turun dengan selamatnya.





Kami berjaya menghabiskan aktiviti dan mengemas semula barang yang digunakan pada pukul 2.2o petang.Walaupun penat nk tunggu semua orang habis wat tp abseiling ni memang seronok!!



Sunday, March 13, 2011

abSEiLinG...

Assalamualaikum..

Kelas outdoor pada 2 dan 7 mac 2011, aku blaja secara teori mengenai abseiling. Abseiling ni dapat didefinasikan sebagai teknik meluncur menuruni tali pada kelajuan yang selamat.

Mengawal geseran pada tali boleh dilakukan dengan dua cara:

1)menggunakan kaedah body wrap
2)menggunakan pelbagai peralatan geseran mekanikal seperti figure 8 descender.

Kelengkapan peribadi:

-Kasut
-Baju
-Seluar

Peralatan abseiling:

-Tali kernmantel
-Harness
-Carabiner
-Quickdraw
-Figure 8
-Helmet
-Slings
-Ascenders
-Rope bag
-Chalk bag
-Grigri
-Gloves
-Pulley
-Safety lanyards
-Foot wop
-Air Traffic Controllers (ATC)
-Sticht plates








oUtdoOr ReCreAtiOn cAmP 2011-eKsPediSi kAyaK

Assalamualaikum..

Untuk aktiviti kayak pada kem rekreasi luar 2011, kami memulakan kelas teori mengenai kayak di khemah pusat selepas selesai sarapan pagi.Selepas kelas teori, kumpulan besar Tasik Bera diarahkan berkumpul untuk membuat water confidence. Selepas selesai wat water confidence, kami dibenarkan untuk menyiapkan barang2 untuk dibawa semasa berkayak, menukar pakaian, sembahyang zohor dan juga makan tengah hari.

Kami diarahkan berkumpul di jeti sebelum bermula ekspedisi berkayak. Setiap ketua gunung melaporkan diri pada pensyarah bertugas dan kemudiannya kami memanaskan badan terlebih dahulu . Selepas itu kami memakai safety jacket dan mengambil kayak serta pendayung bagi memulakan ekspidisi kayak.Kumpulan Tasik Bera beruntung sebab laluan kayak pada hari in merupakan laluan baru yang lebih jauh. Sebelum memulakan perjalanan,kami melakukan rafting di tengah2 tasik dan bergerak selepas diberi kebenaran oleh fasilitator.kami diketuai oleh ahli gunung Tama Abu iaitu bob dan topek tp terpaksa ditukar sebab diorang menjahit kt tasik 2..huhu..Lepas tkar ketua,barulah perjalanan menjadi lebih lancar.

Sepanjang perjalan itu kami dapat melihat pelbagai pemandangan yang indah serta berhenti dibeberapa tempat untuk melakukan capsized. Kami turut melalui sebuah kawasan yang dipenuhi dengan teratai.

Kami tiba di jeti dan buat semula rafting sebelum naik dan menyusun kayak dan safety jacket. Selepas diberikan taklimat ringkas,kami dibenarkan rehat dan pulanh ke khemah masing2.

oUtdoOr ReCreAtiOn cAmP 2011-jUngLe tReKkiNg

Assalamualaikum..

Kali ni aku cerita mengenai aktiviti jungle trekking pulak.Selepas sarapan, semua ahli kumpulan besar Tasik Bera berkumpul dan diberi taklimat ringkas.Barang-barang yang perlu dibawa adalah 1 baju hujan, 1 baju sejuk, 1 baju biasa, lampu picit, 2 air b0t0l besar dan barang amanat yang perlu dibawa adalah makanan-makanan fasilitator dan ahli Tasik Bera, parang dan juga bekas first aider.Selepas semua barang telah lenkgkap, kami memulakan perjalanan kami pada jam 11.30 pagi dengan berenang dari jeti tapak perkhemahan ke jeti sebuah kampung.Memang penat berenang untuk sampai ke jeti.Selepas itu,ahli2 yang dah sampai diarahkan mengumpulkan semua safety jacket dan beratur mengikut gunung masing bagi meneruskan aktiviti jungle trekking.Setelah semua ahli Tasik bera sampai, setiap gunung akan dijaga oleh 2 orang fasilitator.





Selepas itu kami memulakan perjalanan kami dengan melalui kawasan kampung.Gunung Batu Putih mempunyai kelainan dari gunung lain kerana fasi kami iaitu En.Azizi telah mengarahkan kami supaya ahli yang berada dihadapan sekali tidak dipintas oleh dia dan akan didenda jika dipintas,jadi ketua kami iaitu Khairi dan juga aku kenalah berjaga2 dibahagian hadapan.Lau En.Azizi berlari,aku dengan Khairi pun kne lah lari untuk tidak dipintas En.Azizi.Gunung Batu Putih turut Diarahkan untuk mencari petunjuk jalan sendiri,klunya adalah boarder tape.Sambil berlari knelah mencari boarder tape,memang penat.



Selepas melalui jalan kampung,kami melintas lebuh raya, memang bahaya dengan kenderaan yang dipandu semuanya laju2.Selepas melintas jalan, kami meneruskan perjalan dan memasuki kawasan kebun getah dan seterusnya memasuki kawasan hutan barulah kami mula merasai cabarannya dan kami cuba untuk sampai ke puncak dengan cepat.

Sepanjang perjalanan mendaki Bukit Mandi Angin kami tempuhi pelbagai cabaran dan turut menjumpai perangkap yang dipasang oleh orang asli serta sarang tebuan.Alhamdullilah kami berjaya sampai di puncak Bukit Mandi Angin pada ketinggian 440 meter pada jam 1.59 petang.Selepas ahli gunung lain tiba, kami menjamu selera bekalan yang dibawa bersama2.



Selepas itu,kami memulakan perjalanan menuruni bukit tersebut.Sepanjang perjalanan tersebut, banyak yang diajar oleh En.Azizi mengenai tumbuhan2 di dalam hutan tersebut.Selepas berjaya menuruni bukit, semua fasilitator dan ahli Tasik Bera berhenti di sebuah surau bagi menunaikan solat zohor dan asar.Selesai menunaikan solat,kami meneruskan perjalanan menuju ke jeti dan berenang semula ke jeti tapak perkhemahan.Selepas sampai di jeti pada jam 6.15 petang,kami dikumpulkan dan diberi taklimat ringkas dan kemudiannya dibenarkan untuk mandi dan bersedia untuk menunaikan solat maghrib.

Selesailah sudah aktiviti jungle trekking.Seronok walaupun keadaanya mencabar.