Thursday, February 10, 2011

oUtdoOr ReCreAtiOn cAmP 2011

Assalamualaikum..

kita bertemu lagi..kali ni aku nak cerita pasal kem amali perkhemhan luar 2011 yang diadakan di Tasik Chenderoh, Lenggong, Perak dari 29 Januari - 5 Februari 2011..

Peserta2 dari Shah Alam telah dikumpulkan di kolej kenanga pada 28 januari smentara menanti ketibaan peserta2 dari kampus Jengka, Shah Putera, dan Instedt..



Pada malam itu juga berlangsung majlis perasmian kem ini yang dirasmikan oleh dekan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, Prof. Madya Dr. Mohd Hanafiah Abidin.

Selepas majlis perasmian selesai,kami berkumpul dalam kumpulan dalam kumpulan masing2 yang telah ditetapkan bagi sesi perkenlan diri..kumpulan aku ialah Gunung Batu putih yang terdiri daripada 10 orang ahli, 4 orang dari kampus Shah Alam, 5 orang dari kampus Jengka dan seorang dari Instedt..





Semua peserta bermalam di Kolej Kenanga sebelum memulakan perjalanan pada keesokan harinya..
Semua peserta dan fasilitator bertolak ke Tasik Chenderoh pada 29 Januari 2011,pada jam 9.30 pagi.Kami tiba di Tasik Chenderoh pada pukul 1.30 petang dan berjalan kaki ke tapak perkhemahan,kami tiba di tapak perkhemahan pada jam 2.30 petang..
Tiba je kat tapak perkhemahan,kami diberi tugasan masing2 dan Gunung Batu Putih ditugaskan untuk mengemas dan menyusun segala alatan yang ada di dalam khemah pusat.Kami semua melakukan tugas yang diberikan dalam keadaan hujan lebat..Setelah selesai mengemas khemah pusat,Gunung Batu putih ditugaskan membuat longkang disekeliling khemah pusat dan khemah A-frame dan turut membantu mendirikan dua khemah A-frame..pada malamnya,semua pserta dikumpulkan di khemah pusat dan diarahkan untuk menyerahkan segala barang2 seperti handphone,makanan ringan,rokok,barang2 tajam,pencuci muka,kad pengenalan,kad matrix,dan juga deodorant..

Sesudah selesai semua barang diserahkan,semua peserta dibenarkan untuk tidur..

30 Januari 2011
Hari kedua di kem,pagi2 lagi kami dikumpulkan di padang untuk menyanyikan lagu negaraku,wawasan setia warga UiTM dan juga lagu tema kem ini iaitu standing in the eyes of the world..
Selepas itu sesi ice breaking bersama kumpulan diadakan dan kami turut diarahkan untuk membau cheers untuk kumpulan masing2..selepas aktiviti ini selesai,kami didenda oleh falitator2 kerana ada peserta yang tidak menutup zip khemah..kami diarahkan untuk melakukan half squat..selesai didenda,kami diberikan sarapan dan berkumpul semula di padang untuk kumpulan dibahagikan tugas masing2 untuk camp craft..
Pada malamnya diadakan post mortem bagi melihat semula apa yang telah dapat dipelajari pada hari ini..selepas post mortem kami dibenarkan untuk tidur..

31 Januari 2011
Pada hari ketiga,ahli2 di bawah kumpulan Tasik Bera iaitu Gunung Korbu,Gunung Batu Putih,Gunung Tama Abu,Gunung Kinabalu,dan Gunung Belatok bangun lebiah awal bagi menyiapkan sarapan untuk peserta2 lain, fasilitator dan pensyrah yang ada..
Selepas sarapan, Ahli2 Tasik Bera ditugaskan untuk melakukan aktiviti camp craft..pada waktu tengah hari,ahli Tasik Bera diarahkan untuk berkumpul dan melaporkan diri kepada pensyarah bertugas bagi aktiviti survival yang akan diadakan selepas itu.Selepas solat zohor,kami diberikan taklimat mengenai aktiviti survival dan bertolak ke tapak survival pada jam 3.30 petang.

1 Februari 2011
Ahli2 Tasik Bera tiba di tapak perkhemahan pada waktu tengah hari selepas aktiviti survival.Selepas selesai makan dan juga solat,kami diarahkan untuk melakukan tugasan2 camp craft.Aku dan beberapa orang rakan menyiapkan rak2 kasut untuk fasilitator dan juga disekeliling khemah pusat.Pada malamnya post mortem dilakukan lagi untuk melihat apa yang dapt dipelajari bagi setiap aktiviti yang dilakukan mengikut tasik masing2.Pada jam 3 pagi kami semua direndam dalam Tasik Chenderoh sebagai denda kerana tidak dapt mengingati nama penuh semua pensyarah yang ada yang seharusnya kami ketahui.Kami semua tidur pada jam 4 pagi selepas selesai membersihkan diri selepas direndam tadi.

2 Februari 2011
Kami mulakn hari ni dengan senaman Malaysia cergas dan kemudian bersarapan.Ahli Tasik Bera kemudiannya dikumpulkan di padang bag mendengar taklimat mengenai jungle trekking dan seterusnya berkumpul di jeti tapak perkhemhan bagi memulakan aktiviti jungle tekking pada jam 11.30 pagi.Kami selesai melakukan aktiviti jungle trekking dan tiba semula di tapak perkhemahan lebih kurang jam 6.15 petang.Seperti biasa,pada malamnya post mortem diadakan dan kami dibenarkan tidur selepas itu pada jam 3 pagi.

3 Februari 2011
Kami memulakan aktiviti hari ini dengan senaman Malaysia cergas dan sarapan.Selepas itu kami diberi taklimat mengenai aktiviti kayak yang akan dilakukan hari ini.Kami memulakn aktiviti kayak pada waktu tengah hari dengan water confident dan selepas mkn dan solat,kami memulakn ekspidisi kayak kami dan tiba semula di tapak perkhemahan pada jam 7 malam.Pada malamnya post mortem dilakukan buat kali terakhir kerana pada hari esoknya kami akan pulang ke Shah Alam.

4 Februari 2011
Hari ni merupakan hari terkahir kami di Tasik Chenderoh, kami memulakan aktiviti pagi ni dengan sarapan dan kemudiannya kami mengemas semula semua barang2 yang ada untuk diletakkkan dalam lori untuk dibawa ke Shah Alam..Kami bertolak dari Tasik Chenderoh pada waktu tengah hari dan tiba semula di kolej kenanga pada jam 5 petang.
Selepas itu, kami mula menyusun2 barang untuk majlis penutup pada malam ini.Tema pada malam ini ialah Smart And Casual.Semua peserta bergaya habislah mlm ni.Upacara penutupan dimulakan dengan doa dan kemudiannya ucapan dari pengarah kem bagi diploma dan juga ijazah.Selepas itu,semua peserta dapat menikmati makan malam yang sedap dan turut dipersembahkan beberapa persembahan dari ahli2 tasik masing2. Selepas itu, kami diarahkan untuk tidur sbb esoknya kami perlu membersihkan dan menyimpan semula semua barang2 yang dipinjam. Gunung Batu Putih bgn lebih awal sbb kami ditugaskan menjadi sentri dari pukul 3 pagi hingga 4 pagi.









5 Februari 2011
Kami bgn seawal jam 5 pagi dan kemudian solat subuh berjemaah. Selepas itu kami bersarapan dan memulakan tugas2 membasuh,membersih dan menyimpan segala barang2 yang di pinjam. Ahli2 lelaki Tasik Bera ditugaskan membasuh dan membersihkan kayak2 serta paddle kayak manakala ahli perempuan ditugaskan membasuh dan mengeringkan semua jaket keselamatan yang ada.





Selepas selesai membasuh kayak,kami membantu kumpulan lain membasuh flying sheet serta ground sheet yang belum dibasuh.Semua barang siap dibasuh dan disimpan lebih kurang jam 11.30 pagi. Selepas itu, kami diberi makanan tengah hari dan solt zuhur.
Sesudah selesai solat,kami diarahkan untuk berkumpul mengikut gunung masing2 dan akan dipanggil oleh fasiliator yang ada untuk dinilai.Selepas dinilai,kami semua dikumpulkan skali lagi untuk mendengar ucapan penutup oleh En.Azizul dan selepas program ini selesai,kami dibenarkan pulang ke kolej kediaman masing2.Berakhirlah sudah kem rekreasi luar tahun 2011.



No comments: