Sunday, March 13, 2011

oUtdoOr ReCreAtiOn cAmP 2011-sUrVivAl

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak cerita mengenai aktiviti survuval ketika amali perkhemahan rekreasi luar 2011.Selepas makan serta solat zohor, kumpulan besar tasik bera di arahkan berkumpul di khemah pusat bagi mendengar taklimat survival dari En.Shariman.Setiap gunung dibahagikan kepada 2 bagi aktiviti survival.

Kumpulan Batu Putih 1 terdiri daripada Khairi,Zulhelme,Fazlia Ika, dan Najihah manakala Gunung Batu Putih 2 terdiri daripada aku,Aidil,Ikhwan,Raudhah dan Fatihah.Selepas itu kami diberitahu barang2 yang boleh dibawa dan xboleh dibawa.Barang yang boleh dibawa ialah sehelai kain pelekat,telekung,sejadah,1 parang,2 botol air,1 beg dan juga mass tin yang mengandungi 3 batang mancis,tepung,gula,garam,beras,2 biji telur dan juga serbuk teh.Tapi kumpulan Gunung Batu putih 2 tidak dapat mass tin serta isi2nya ketika berkumpul kerana ada sebahagian kumpulan survival yang sebelumnya belum pulang ke kawasan perkhemahan.Oleh kerana ingin cepat sampi ke kawasan survival,En.Shariman mengarahkan kumpulan aku iaitu Gunung Batu Putih 2 pergi dahulu tanpa mass tin yang akan diberikan kemudian.



Sebelum menaiki bot bertolak ke kawasan survival,kami direndam di dalam tasik..haha,menggigil sejuk lpas 2.Sampai je kt kawasan survival,kami kne tunggu seorang ahli kami yang menaiki bot lain.Setelah ahli kumpulan cukup,kami dibawa oleh fasilitator jauh ke dalam hutan untuk ke tapak survu=ival Gunung Batu Putih 2.Sepanjang perjalanan 2 kami mengutip sebanyak kayu api yang boleh untuk digunakan sebagai bahan bakar.Sampai2 je kt tapak 2,kami diberi taklimat ringkas oleh fasilitator.Kami mempunyai kod rahsia, tidak boleh bertegur sapa dgn ahli kumpulan yang lain jika terserempak dan hanya boleh keluar 15-21 langkah dari tapak kami.Kami diarahkan untuk melengkapkan tapak itu dengan unggun api,tempat berteduh serta pagar2 bagi tujuan keselamatan.Kami turut ditunjukkan arah kiblat bagi menunaikan solat.

Selepas itu,kami teringat yang kami belum dapat mass tin dan kami perlukan mancis untuk hidupkan api.Fasi2 mengarahkan kami tunggu sementara mereka mengambil barang tersebut.Selepas fasi beredar,mulalah kerja2 membersihkan tapak,mencari kayu api,menghidupkan api,mencari daun nipah untuk dijadikan pagar dan membina tempat berteduh.

Tugas aku mencari bahan2 yang boleh digunakan sebagai bahan bakar,membersihkan tapak dan mencari daun nipah.Tempat kitorang ni lembab jadi nk cari kayu2 & daun kering sush sket tp kitorang amek gak walaupun xbrape kering.Untuk membersihkan tapak pulak,aku gunkan daun nipah sebagai penyapu,jadi nampakla kemas sket kawasan kitorang.Yang paling penat nak wat ialah nk hidupkan api sebab xde mancis.Macam2 cara kitorang cuba tapi xhidup2 gak.Yang lain semua dah siap wat kecuali unggun api.Hari pun da mkin gelap,naseb baik fasi2 tadi datang bawa mass tin dan membantu kami menghidupkan api.Xdelah kami bergelap malam ni.Kami turut membina sebuah bangku kayu serta unngun api kedua untuk tugas sentri malam nanti.

Bila malam menjelang, walaupun mempunyai unggun api, kawasan sekeliling kami amat gelap.Malam tu kami masak beras yang diberikan dan minum air teh.Malam tu kitorang terpaksa mencari kayu api dalam gelap dan banyak antara kami yang luka2 tangan dan jari terkena duri2 dan bnda tajam.Selepas itu,tugas aku untuk menjadi sentri dengan Aidil,kami duduk sehingga ternampak sekumpulan manusia datang ke arah kami,aku pun menggunkan kod rahsia yang diberikan.Rupa2nya ialah lecturer2 dan fasilitator tp aku xdapat cam sangat siapa yang ada sebab keadaan gelap dan headlight yang dipakai oleh lecturer dan fasi2 tepat ke mata aku.Yang aku dapat cam melalui suara ialah En.Firdaus, En.Hisyam dan En.Shariman.Selepas itu kami dinilai dan dikritik.

Lepas 2, kami semua terus berjaga sampai pagi dan mencari lagi bahan2 bakar.Xlame lepas 2 kami didatangi fasi dan diarahkan untuk mengemaskan tapak kami.Wah,rase cepat tul mase berlalu,lpas je selesai kemas tapak kami dibawa ke tempat mula2 kami sampai dan dikumpulkan disitu bersama kumpulan lain.

Orienteering

Kami ingat da selesai da lpas berkumpul,rupa2nya kne wat aktiviti orienteering pulak.Mula2 kami diarahkan untuk meletakkan control flag ditempat yang kami pilih sendiri.Selepas 2 kami diarahkan untuk mencari checkpoint2 yang telah diltekkan oleh gunung lain.Dan kami merupakan kumpulan pertama yang siap mencari semua checkpoint.Sebagai ganjaran,kami kumpulan pertama untuk balik ke tapak perkhemahan.

Tamatlah sudah aktiviti orienteering dan survival untuk perkhemahan kali ini.

No comments: