Assalamualaikum..
Kali ni aku cerita mengenai aktiviti jungle trekking pulak.Selepas sarapan, semua ahli kumpulan besar Tasik Bera berkumpul dan diberi taklimat ringkas.Barang-barang yang perlu dibawa adalah 1 baju hujan, 1 baju sejuk, 1 baju biasa, lampu picit, 2 air b0t0l besar dan barang amanat yang perlu dibawa adalah makanan-makanan fasilitator dan ahli Tasik Bera, parang dan juga bekas first aider.Selepas semua barang telah lenkgkap, kami memulakan perjalanan kami pada jam 11.30 pagi dengan berenang dari jeti tapak perkhemahan ke jeti sebuah kampung.Memang penat berenang untuk sampai ke jeti.Selepas itu,ahli2 yang dah sampai diarahkan mengumpulkan semua safety jacket dan beratur mengikut gunung masing bagi meneruskan aktiviti jungle trekking.Setelah semua ahli Tasik bera sampai, setiap gunung akan dijaga oleh 2 orang fasilitator.
Selepas itu kami memulakan perjalanan kami dengan melalui kawasan kampung.Gunung Batu Putih mempunyai kelainan dari gunung lain kerana fasi kami iaitu En.Azizi telah mengarahkan kami supaya ahli yang berada dihadapan sekali tidak dipintas oleh dia dan akan didenda jika dipintas,jadi ketua kami iaitu Khairi dan juga aku kenalah berjaga2 dibahagian hadapan.Lau En.Azizi berlari,aku dengan Khairi pun kne lah lari untuk tidak dipintas En.Azizi.Gunung Batu Putih turut Diarahkan untuk mencari petunjuk jalan sendiri,klunya adalah boarder tape.Sambil berlari knelah mencari boarder tape,memang penat.
Selepas melalui jalan kampung,kami melintas lebuh raya, memang bahaya dengan kenderaan yang dipandu semuanya laju2.Selepas melintas jalan, kami meneruskan perjalan dan memasuki kawasan kebun getah dan seterusnya memasuki kawasan hutan barulah kami mula merasai cabarannya dan kami cuba untuk sampai ke puncak dengan cepat.
Sepanjang perjalanan mendaki Bukit Mandi Angin kami tempuhi pelbagai cabaran dan turut menjumpai perangkap yang dipasang oleh orang asli serta sarang tebuan.Alhamdullilah kami berjaya sampai di puncak Bukit Mandi Angin pada ketinggian 440 meter pada jam 1.59 petang.Selepas ahli gunung lain tiba, kami menjamu selera bekalan yang dibawa bersama2.
Selepas itu,kami memulakan perjalanan menuruni bukit tersebut.Sepanjang perjalanan tersebut, banyak yang diajar oleh En.Azizi mengenai tumbuhan2 di dalam hutan tersebut.Selepas berjaya menuruni bukit, semua fasilitator dan ahli Tasik Bera berhenti di sebuah surau bagi menunaikan solat zohor dan asar.Selesai menunaikan solat,kami meneruskan perjalanan menuju ke jeti dan berenang semula ke jeti tapak perkhemahan.Selepas sampai di jeti pada jam 6.15 petang,kami dikumpulkan dan diberi taklimat ringkas dan kemudiannya dibenarkan untuk mandi dan bersedia untuk menunaikan solat maghrib.
Selesailah sudah aktiviti jungle trekking.Seronok walaupun keadaanya mencabar.
No comments:
Post a Comment