Sunday, March 13, 2011

oUtdoOr ReCreAtiOn cAmP 2011-eKsPediSi kAyaK

Assalamualaikum..

Untuk aktiviti kayak pada kem rekreasi luar 2011, kami memulakan kelas teori mengenai kayak di khemah pusat selepas selesai sarapan pagi.Selepas kelas teori, kumpulan besar Tasik Bera diarahkan berkumpul untuk membuat water confidence. Selepas selesai wat water confidence, kami dibenarkan untuk menyiapkan barang2 untuk dibawa semasa berkayak, menukar pakaian, sembahyang zohor dan juga makan tengah hari.

Kami diarahkan berkumpul di jeti sebelum bermula ekspedisi berkayak. Setiap ketua gunung melaporkan diri pada pensyarah bertugas dan kemudiannya kami memanaskan badan terlebih dahulu . Selepas itu kami memakai safety jacket dan mengambil kayak serta pendayung bagi memulakan ekspidisi kayak.Kumpulan Tasik Bera beruntung sebab laluan kayak pada hari in merupakan laluan baru yang lebih jauh. Sebelum memulakan perjalanan,kami melakukan rafting di tengah2 tasik dan bergerak selepas diberi kebenaran oleh fasilitator.kami diketuai oleh ahli gunung Tama Abu iaitu bob dan topek tp terpaksa ditukar sebab diorang menjahit kt tasik 2..huhu..Lepas tkar ketua,barulah perjalanan menjadi lebih lancar.

Sepanjang perjalan itu kami dapat melihat pelbagai pemandangan yang indah serta berhenti dibeberapa tempat untuk melakukan capsized. Kami turut melalui sebuah kawasan yang dipenuhi dengan teratai.

Kami tiba di jeti dan buat semula rafting sebelum naik dan menyusun kayak dan safety jacket. Selepas diberikan taklimat ringkas,kami dibenarkan rehat dan pulanh ke khemah masing2.

No comments: